Bila Sofiya Menulis


Kelmarin, sang isteri berkongsi hasil tangan Sofiya menulis. Teruja sikit sebab sebelum ni tak berpeluang lagi untuk perati Sofiya menulis gaya bebas (tanpa bantuan dotdotdot). Jika ada dotdotdot, gaya si Sofiya ni agak perfectionist sikit. Herot sikit pun dia tak nak. Tapi biasa la - budak. Untuk menulis gaya bebas, inilah hasilnya...



Cubaan pertama "S"nya terbalik. Cubaan kedua (sebelah bawah) dah betul tapi jadi SOFIDD ke SOFIDA. Yang "Lydia" tu ok. Proper sikit. Kena kerapkan praktis untuk kembangkan potensi 'motor' pada jari jemarinya. 

Sebelum ni Sofiya ada buat juga hasil tangan dia masa Hari ibu baru ni. Menulis dan melukis. Nampak proper, Mungkin teacher dia bantu dengan baik - Terima kasih Teacher Ima. Tulisannya pun nampak kemas. Kad bentuk love ni di bawa balik, hadiah suprise untuk ummi katanya masa sampai rumah nanti.  Cuma, kenapa muka ummi macam tu sofiya?



Anyway good job Sofiya!.

Comments

Popular Posts