Sofiya, Lydia dan Nayla


Sesi memilih dan mencari nama untuk anak² memang seronok. Tapi paling seronok bila kawan², ahli keluarga, jiran² tetangga turut serta untuk bagi cadangan nama pada kita. Kita pula lepas tu pening kepala, nama apa nak bubuh pada borang daftar anak tu. 

Umum maklum, trend masa kini bila bubuh nama anak mesti minimum 2 perkataan. Tu belum lagi yang sampai tak muat borang sijil pendaftaran nama tu. Kegilaan apa sampai panjang berjela nama anak. Tu belum lagi masuk nama ayahnya. Naya ke anak bila besar. Nak isi borang mesti anak akan mengeluh. sampai ada abahummi dia bekalkan cop sebab nak mudahkan anak tulis nama. Dah kau bagi nama panjang buat apa? Padan muka.

Aku secara peribadi syukur sangat sebab sang isteri juga sekepala dalam menetapkan nama anak - memadai 1 nama sahaja. Walaupun satu nama tapi kena tip top dan maksudnya juga kena istimewa. Ada kawan² yang menegur;
"Aku suka nama anak² kau, comel". - pujian untuk-Nya yang memberikan ilham.
Tapi kan kawan², walaupun pendek, aku sendiri pun kadang² tersasul dengan diorang ni. Apa la punya abah.

Nak tahu apa formula yang aku / kami gunakan? Mari aku kongsikan macam mana proses kami memilih nama² anak ni. Pemilihan nama ni biasanya (sebab dah 3 orang kan, so kira biasa dah) kami buat paling awal pun sebulan atau paling lewat seminggu sebelum due

Kami secara sendiri² akan cari nama yang sesuai. Maksimum 3 nama. Nama lelaki dengan perempuan. Ye la, walaupun jantinya kita dah semak berdasarkan imej scan, tapi bila keluar kadang² tak sama dengan result masa scan tu kan. Jadi kena sediakan juga nama lelaki dan perempuan.

Lepas dah short list nama tu jangan beritahu dengan wife kalau dua² belum sedia. Sampailah bila nak putuskan nama apa, baru dua² declare senarai tu. Sebaiknya selepas bersalin la, sebab dah tahu jantinanya. Untuk kes anak yang ke-3, dah bersalin pun tak ada short list nama. Sangat sibuk sampai tak sempat cari nama awal. Nak tau sebabnya baca entri ni - Kelahiran Tahun Baharu.

Tapi alhamdulillah, untuk yang ke-3 ni masih dapat mengekalkan tradisi dengan 1 nama saja. Formula mudah aku, nama panggilan anak itu mestilah nama penuh dia. Pastikan orang mudah dan senang nak sebut. Dan pastikan juga orang tak panggil dengan nama singkatan. Bila panjang sangat orang akan terjebak untuk pendekkan nama tu. Itulah formula yang aku guna pakai.

Tak ada guna bagi nama 2-3 patah perkataan tapi kau sebut 1 nama saja kan? Tu pun kadang² yang satu perkataan tu pun kau ringkaskan lagi. Kan ke membazir tu. Selain itu, pastikan kita ajar atau kenalkan nama anak kepada orang sekeliling dengan nama penuh mereka. Bukan dengan nama timangan. Nama itu doa bukan? Jika dipendekkan takut tiada ertinya atau mungkin lain pula tafsirannya.

3 dara pingitan

Untuk nama Sofiya, Lydia dan Nayla, kemungkinan untuk orang panggil dengan nama timangan juga tipis. Macam mana, Mantap tak formula aku ni? Haha.

Comments

Popular Posts