Gambar Blur Beb!


Korang perasan tak sejak aku pasang templete blog yang baharu ni - sebulan 2 ni, gambar yang terpapar mesti blur. Tapi bila klik pada gamabr mesti jelas. Aku suspek mesti pembangun templet ni saja buat gambar blogger yang pasang coding dia biar gambar jadi blur. Sebab templet percuma kan. 

Cumma masalahnya bila aku belek² blog orang lain yang guna templet yang sama, gambar dia sharp pula. pening aku. Layout dah memenuhi citarasa, tapi bila bab gambar blur ni aku tak boleh nak terima. Kepuasan tu tak datang beb.


Masa ni la aku terkenang blog lama dengan domain sendiri. sob sob sobb...

Jadi untuk sementara waktu kalau korang kusut tengok templet blog ni jangan rasa menyesal nak datang lepak sini lagi ye. Rasa nak bertukang sikit betulkan rumah. Alang² nak puasa kan? Lepas tu nak raya pula.

Jadi, harap semua telah mempersiapkan diri seadanya menjelang Ramadhan ini. Moga kita diberi peluang sepenuhnya menjalani ibadah puasa pada esok hari dan merebut peluang dan masa yang diberikan Illahi.

Insy-Allah.

Err tukul besi aku mana ek?


Comments

Popular Posts