Salam Ramadhan 1437H


Pantasnya masa berlalu, seakan baru sahaja menyambut Syawal 1436. Tahun ini, episod baru dalam menempuh Ramadhan 1437 kerana kini kami telah berlima. Kehadiran Nayla pada tahun ini pasti menceriakan kami sekeluarga.

Tetap dikenang mereka yang telah dijemput Allah terlebih dahulu dan tidak berpeluang merasai bulan Ramadahan yang mulia untuk tahun 1437 Hijrah ini.

Moga segala amal ibadah, segala kebajikan diterima Ilahi. Semoga keampunan yang dimohon, atas khilafnya manusia, atas sebab sombongnya manusia, atas sebab bernafsunya manusia - segera mendapat keampunan Yang Maha Esa. Insha-Allah.

Mohon ampun dan maaf atas kesalahan diri dan keluarga sepanjang hayat kami. Moga kita sama² beroleh kemenangan pada Ramadhan kali ini dan diberikan kesempatan bertemu'nya' lagi tahun hadapan. Amiin.


nota: gambar lama tahun lepas, re-cycle semula


Untuk gilap semula info tentang Ramadhan ni, boleh rujuk enteri lama di sini:
Persiapan Bulan Ramadhan Nan Mulia

Comments

eyjalukman said…
salam ramadhan. Al-fatihah untuk yg telah tiada. semoga bertambah amalam ibadah d bln ni :)
pyejal said…
Salam Ramadhan kembali @eyjalukman
Afif Rayyan said…
Selamat berpuasa

Popular Posts