Perhatian!

Terma & Perhatian!:




Berikut adalah terma dan syarat kepada pelawat yang menggunakan blog ini. Baca dan perhatikan dengan terperinci setiap  sebutir² tanpa lepas. Lagi bagus sekiranya anda hafal setiap perenggan yang dinyatakan. di bawah Perhatian pyejal.blogspot.com yang perlu dipatuhi adalah seperti digariskan di bawah:

1. Semua maklumat, gambar, rajah, atau apa sahaja yang diterbit melalui bolg ini adalah hak milik mutlak weblog ini [pyejal.blogspot.com]. Tiada siapa dibenarkan mengulang, mencetak atau menggunakan struktur ayat yang sama pada sebarang perenggan atau ungkapan yang digunakan pada blog ini melainkan dinyatakan.

2. Perkara pada perenggan satu (1) dibenarkan hanya sekiranya diletakkan kredit, URL kepada blog ini [http://pyejal.blogspot.com]. Berita baik, tiada kebenaran secara bertulis perlu dibuat. Memadai hanya mengkreditkan semula apa saja yang anda gunakan ke weblog ini.


3. Weblog ini dikawal dengan bantuan "COPYSCAPE" bagi menjejaki sebarang pencerobohan hak cipta milik  weblog ini tanpa mengkreditkan maklumat berkenaan ke weblog ini.
Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

4. Sila gunakan weblog ini secara berhemah tanpa menghamburkan kata² nista sesuka hati mak tiri sebelah atuk engkau.

5. Nama individu/artis/selebriti/kenamaan yang disebut dalam weblog ini adalah cadangan semata² dan gosip tidak semestinya benar. Anda dinasihatkan untuk membuat pertimbangan yang rasional.

6. Gambar & informasi hak milik pihak tertentu yang terdapat dalam weblog ini telah digunakan tanpa izin untuk rujukan peribadi sahaja. Pemilik weblog ini tidak mempunyai apa² hubungan jauh sekali menandatangani apa² perjanjian dengan mana² pihak selain jika dinyatakan.

7. Pemilik weblog ini juga tidak mempunyai sebarang niat untuk mendapat keuntungan daripada infomasi berkenaan ataupun cuba mencabul hak milik mana² pihak.
 





 Penafian [disclaimer]


Saat bermulanya dan sampai sekarang, weblog ini (pyejal.blogspot.com) melalui host weblog ini bergantung secara eksklusif pada penafian yang disediakan untuk badan korporat di alamat blog*spot. Sementara penafian seperti ini biasanya cukup untuk melindungi penulis blog ini dari sebarang kewajipan/tuduhan,  apabila berhadapan dengan apa² kandungan yang menyinggung, bersandarkan fikiran mereka (komentar) dan penulis sendiri yang jika sekiranya diseret atau di dakwa di mana² institusi perundangan. Dengan tegas diingatkan, pemilik blog mencadangkan penafian weblog sebagai berikut:

1. Entri dalam blog ini adalah pendapat penulis dan tidak bertujuan untuk memfitnah agama, kumpulan etnik, kelab, organisasi, syarikat, atau individu. Pandangan penulis adalah sendiri, dan tidak dengan cara apa pun mencerminkan pandangan dari laman web ini dihantar pada, laman web lain bergabung dengan laman web ini, kakitangan yang terlibat dengan laman web, atau ahli lain dari laman web ini. Lebih jauh lagi, mereka tidak selalu mencerminkan pandangan dari orang² yang tinggal di kejiranann penulis, bandar, wilayah, negara, benua, dan sebagainya.


2. Perlu diketahui juga bahawa fakta lembaran yang ditulis dalam bahasa Inggeris / Melayu adalah sama sekali tidak bertujuan untuk memfitnah Bahasa lain atau badan linguistik, atau untuk memfitnah orang-orang yang buta huruf atau ganguan visual dan dengan demikian tidak dapat membaca sebarang entri. Selanjutnya, huruf, kata, dan tanda baca yang terlibat tidak punya pilihan selain untuk ditempatkan ke dalam cerita, dan tidak harus bertanggung jawab untuk laporan penulis.


3. Setiap kesalahan ejaan atau tatabahasa akan sedaya-upaya dielakkan oleh pemilik weblog, namun bukanlah merupakan tanggungjawab pihak guru² sekolah, para guru sastera dan yang mengajar Bahasa Melayu atau siapa pun yang terlibat dalam profesion berkaitan. Pemilik weblog ini bertanggungjawab penuh atas tindakannya yang dilakukannya sendiri dan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kata², bentuk tulisan, nada, gambar, rajah, graf yang mungkin menyinggung mana² individu atau kumpulan, persatuan atau kelab, organisasi atau badan² induk utama di muka bumi ini.


4. Semua kandungan yang terdapat di blog ini adalah untuk tujuan koleksi pembacaan pemilik weblog ini sahaja. Sebarang kecuaian, kemusnahan, kerugian harta benda, nyawa dan sebagainya tidak akan menjadi tanggunggjawab pemilik blog ini untuk menanggungnya kecederaan, kelalaian, kemalasan, ketidak puashatian, atau sebarang perkara yang boleh menyukarkan dan membuatkan perjalanan hidup pemilik weblog ini tidak seperti yang dirancangkan, atau kerosakan hidup pengunjung, daripada paparan atau penggunakan maklumat yang terdapat didalam blog ini. . Anda, merakalah yang perlu menanggung semua kerugian itu.



5. Sekiranya pengunjung, atau mana-mana manusia di alam ini yang ingin menggunakan blog ini sebagai rujukan, sumber maklumat, ingin menyiarkan kembali, ingin mengedit, menjadikan contoh, atau apa sahaja maklumat yang ada diblog ini untuk kegunaan sendiri, atau mana-mana organisasi, persatuan, kumpulan, syarikat dan sebagainya, adalah diatas tanggungjawab pengunjung itu sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog ini. Sekiranya anda sudah membaca sampai ke sini, maka fahamlah bahawa saya hanya mengulangi maksud lain bagi "point form" di bahagian terma dan syarat! Namunbegitu, pemilik ini memohon sekiranya maklumat didalam blog ini disiar semula melalui mana-mana media, sila siarkan juga link maklumat tersebut / rujukan link ke blog ini.




6. Kami tidak akan pernah menjual, barter atau menyewa alamat e-mel anda kepada pihak ketiga yang tidak dibenarkan-dalam keadaan apapun jua keadaan keadaan, banjir, ribut taufan atau sebagainya selagi itu dinamakan bencana, dengan demikian, pemilik blog ini [pyejal] akan dan sentiasa mempertahankan kawalan penuh atas privasi dan keselamatan, serta menjaga identiti anda sepenuh hati. 


7. Sila hubungi pihak yang berkenaan, atau persatuan peguam tempatan anda, badan-badan kehakiman dan pihak yang kaitan, badan dan agensi  perubatan, hospital atau pusat kesihatan, buku telefon, direktori online, nombor kecemasan tempatan , ibu, bapa dan seluruh sanak saudara ipar duai anda atau mana-mana pihak / organisasi professional / berkelayakan dan paling tidak pun sila  "Google"  untuk mencari atau mendapatkan rujukan profesional yang yang lebih tepat dan sesuai. Jika anda tidak mempunyai alat yang wajar untuk menghubungi pihak berkenaan atau peguam berkaitan, nota undang-undang sivil, perubatan profesional, koroner atau profesional yang lain dalam bidang soalan anda, bererti anda adalah seorang yang malang, buta huruf atau buta komputer atau buta I.T bahaya kepada persekitaran sosial maka sila keluar dari blog ini dan perbetulkan hidup anda.


8. Jika kami menyarankan sesuatu produk atau sesebuah pihak atau individu, tidak bermakna kami mengetahui segala-galanya mengenai pihak tersebut. Jadi, jika pihak tersebut melakukan penipuan atau sebagainya, pembeli itu sendiri yang perlu berurusan dengan pihak tersebut. Ia di luar kawalan dan tanggungjawab kami untuk semua produk dan perkhidmatan itu.


9. Sekiranya anda dapati terdapat mana-mana paparan atau maklumat di dalam weblog ini yang tidak tepat, sila maklumkan melalui apa sahaja cara yang logik di dalam zaman arus kemodenan ini sebagai contoh, dengan menggunakan telefon, emel, atau maklumkan sahaja di ruangan komen ataupun diruangan maklumbalas yang disediakan. Pihak pemilik web logakan cuba memperbetulkan kesilapan tersebut sekiranya punya kelapangan masa.


10. Dengan menghubungi pihak berkuasa tempatan, atau segala macam pihak berkuasa yang wujud di muka bumi ini termasuk yang wujud di planet lain di cakerawala, tiada sesiapa pun yang dapat menjatuhkan hukuman, mendakwa, mencaci, dengki, khianat, dan apa² perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah, harga diri pemilik webblog ini MELAINKAN hanya ALLAH SWT sahaja yang memiliki hak mutlak bukan sahaja kepada pemilik blog ini malah kepada seluruh alam ini termasuk makhluk² yang wujud di dunia ini. Jika tersabit kesalahan ke atas pemilik blog ini, beliau (pyejal) dengan sendirinya juga terlepas daripada mana² bentuk undang² yang dijatuhkan ke atasnya.


11. Blog ini mungkin secara tidak sengaja meletakkan pautan ke kandungan yang tidak senonoh, cabul, tidak berguna, penuh kebencian, beracun, pornografi, sembrono, kosong, busuk, buruk, bermusuhan, menjijikkan, jahat, meloyakan, blog ini sama sekali tidak membenarkan, menyokong atau bertanggungjawab untuk kandungan semacam itu.


12. Dasar ini boleh berubah bila-bila masa mengikut persetujuan pemilik blog ini tanpa perlu dimaklumkan melalui poskad, poslaju, surat aduan, komen, emel, SMS atau sebarang bentuk kaedah komunikasi yang difikirkan bijak.


13. Seperti yang diketahui umum. "disclaimer" atau penafian atau perhatian ini boleh berterusan sehingga ke muka surat seterusnya, namun begitu, pemilik blog ini yakin bahawa para pengunjung yang budiman dan bijaksana sudah pun faham akan mesej yang cuba disampaikan. Sekiranya anda berjaya membaca sehingga ke ayat ini, ketahuilah bahawa anda adalah seorang yang sangat teliti dan adalah dari kategori wira negara.




pyejal
CEO, [pyejal.blogspot.com]
Mei2011

Popular Posts